Syahadat Cinta

Wednesday, September 2, 2009


Filem ni ditayang di Astro Box Office untuk tayangan Ogos 09. Seperti Ayat-Ayat Cinta, filem ini juga sebuah adaptasi novel. Syahadat Cinta adalah tajuk pertama dari novel trilogi Makrifat Cinta yang dikelaskan di Indon sbg Novel Spiritual Pembangun Iman karya Taufiqurrahman Al-Azizy. Novel seterusnya bertajuk Musafir Cinta dan yang terakhir Makrifat Cinta. Semua tajuknya ada 'cinta'....maklum sajalah cinta tu skopnya luas dan menarik :D

Filem ni bermula dengan baik. Kehidupan Iqbal (watak utama lelaki) di Jakarta sebelum ke Pasantren Tegal Jadin (sekolah agama/ pondok), peristiwa yang membawanya kesana dan kisahnya sewaktu mula mendalami Islam sgt menarik. Tapi sayangnya, momentum filem ini mula menurun bila cerita masuk ke bahagian Iqbal kembali ke pasantren selepas melarikan diri.

Fokus pada isu khalwat rasanya kurang menjadi dan cerita ini ditamatkan begitu saja bila Iqbal dibuang pasantren. Sayang sgt...banyak ruang yg dibiarkan kosong yg sepatutnya boleh dikembangkan daripada dibiarkan begitu saja hingga menjadi persoalan kpd penonton. Paling menjadi tanda tanya bila Iqbal tiba2 ditangkap kerana dituduh pengganas...tiba2 je jadi camtu?

Walaupun filem ni sebuah adaptasi, aku berpendapat ia boleh bergerak sendiri tanpa menjejaskan pemahaman penonton yang tak pernah membaca novel tersebut. Mungkinkah marketing strategy supaya penonton membeli novel tersebut? atau mungkin juga kerana cubaan untuk memuatkan terlalu banyak isu dari novel yang beratus-ratus mukasurat kepada sebuah filem yang hanya hampir 2 jam?...ternyata ini cubaan yg gagal. Sebuah adaptasi mungkin tidak patut lari jauh dari karya sebenarnya tetapi berganjak sedikit untuk mendapat hasil lebih baik rasanya tak salah. Filem ini mungkin akan lebih menarik jika fokus yang lebih diberi untuk transformasi Iqbal dari seorang jahil agama kepada seorang yang soleh. Penamatnya juga sepatutnya lebih dramatik supaya penonton tidak terasa terpinga-pinga macam takde klimaks :(

Apapun, filem ni tetap menarik dan menghiburkan ditonton. Paling penting dapat membuatkan kita mengingati Allah. Konsep islamisasinya tak langsung menyekat nilai komersial filem ni. Lokasi yg cantik, dialog yg sedap didengar mampu membuat kita terus menonton sampai habis. Cuma aku separuh percaya keadaan pasantren yang ditunjukkan yang seakan resort, fesyen pakaian disekolah agama yg vast....hehheh...rasanya jauh dari realiti.

Rating : Boleh Layan (2.5 / 5.0)

p/s : Anda boleh click link di tajuk2 novel diatas untuk membaca ebook preview novel2 tersebut. Apapun, membeli novel ori adalah digalakkan sebagai tanda sokongan kepada Novel-Novel Spiritual Pembangun Iman dan yg sewaktu dengannya.

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

Waa macam pegulas / pengkritik la pulak.Berbakat juga..Macam menarik cerita ni.Tapi saya tengah tunggu cerita "Bila Cinta Bertasbih" macam mana nak tengok eh??

Najed said...

hahha...suka2 je.

tp kalau smbil berhibur nak dpt 'sesuatu'....boleh try movie ni.

movie bila cinta bertasbih dah tyg bulan 6 hr tu kat Indon, kat m'sia x tau plak....paling cepat pun Astro Box Office tayang thn depan kot.

sabtu hari tu dh beli dua2 episod novel ni...tp bc slow2 la...byk sgt nak bc...solusi pun bertimbun lg tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...