MT 2002 10 Years Anniversary

Sunday, November 18, 2012


Sepuluh tahun lepas, pada 18.11.02 adalah hari pertama aku berjumpa dan berkumpul dengan geng MT 2002. Jumlah yang mendaftar masuk pada hari tu lebih kurang 20 orang. Selepas taklimat ringkas oleh HR kami dipecahkan attachment secara random ke pelbagai department. Aku dihantar attachment ke department aku sekarang. Kiranya mmg tepat 10 tahun jugaklah aku kat department skrg ni. 18.11.02 tu bulan ramadan, cuti raya pun takde, mujur company bermurah hati bagi cuti ehsan sehari, dapat jugaklah balik kampung.

Sebulan lebih lepas tu kami dikumpulkan semula untuk training selama lebih kurang 4 bulan. Macam-macam kursus kami attend...antara favourite aku, paling best dan tak boleh dilupakan ialah kursus grooming, motivasi dengan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan 25 hari OBS di Lumut. Selepas 4 bulan training barulah kami posting ke department tetap berdasarkan penilaian sewaktu training dan nasib...hehehe.

Nak diceritakan semua kisah selama 10 tahun ni rasanya takkan larat. Cukuplah aku simpulkan sebagai aku sangat bersyukur dengan pengalaman, orang-orang yang bersama dan orang-orang yang aku temui selama 10 tahun ni. Banyak pahit manis yang ditempuh tapi manisnya lebih banyak so mmg sepatutnya aku syukur...alhamdulillah.

Jika MT 2002 bermula dengan hari pertama seramai 20 orang, sebulan kemudian kami berkumpul semula untuk training dgn jumlah hanya 18 orang. Hari ini jumlah yang tinggal hanya 10 orang. Walaupun ramai telah keluar mencari peluang yang lebih baik diluar, silaturrahim antara kami tetap tak putus kecuali seorang dua yang hilang tanpa berita. Alhamdulillah, teknologi telah merapatkan jurang komunikasi.

Buat Faizal, Im, Syahir, Amir, Azam, Iswan, Yujey, Salleh, Azrul, Norra, Ita, Teh, Neb, Anne, Alin, Aida dan Diana selamat menyambut ulangtahun perkenalan ke 10. May Allah bless us. Let our life will always be interesting and full of happiness. Looking forward for another anniversary...InsyaAllah, kalau panjang umur.

MT 2002 w/out Salleh
Outing at PD
With Partner In Crime - Geng CFP 2002
MT 2002 & CFP 2002 during OBS
Final XPDC during OBS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...