The Last 10 Days

Sunday, May 6, 2012

Hari ni hari terakhir to enjoy percuma semua channel ASTRO. Selama 10 hari bermula 27.04.12, terasa sangat syok menekan remote ASTRO, takde gangguan 'this channel is not included in your subscription' bila tersalah tekan butang remote..hehehe.

Free screening ni kononnya sebagai tanda terima kasih ASTRO kepada semua pelanggan kerana telah diundi sebagai Best Of The Best Brand in Malaysia dalam Putra Brand Awards. Aku..Putra Brand Awards nipun baru pertama kali dengar apatah lagi nak ngundi...huhuhu. Btw, orang berbudi, kita berbahasa, thanks & congrats ASTRO..keep up the good work (dalam kata lain, boleh tak continue channel free ni sebulan lagi..plz). Alah...balik-balik yang untung tetap ASTRO, nnti ramailah yang akan tambah channel yang disubscribe tu nanti sebab dah tersuka melayan channel-channel yang banyak tu. Aku sendiri pun dah berkira-kira gak nak tambah channel cuma tengah tahan sabar je ni. Tadi dah try kira-kira kat website ASTRO harga kalau tambah channel tu nanti..hmmm.

Opsss, cukuplah prasangka aku terhadap ASTRO ni, aku tak mahu jadi seorang pesimis. Tambah channel ke tak tengok la nanti.

Aku nak story pasai movie kali ni. Dalam 10 hari ni, memang aku layan kaw-kaw ASTRO, macam-macam rancangan aku layan tp movie The Next Three Days ni yang paling meninggalkan rasa teruja pada aku. 2 kali aku tengok cerita ni kat Fox Movie Premium.  Cerita ni memang best, jarang aku tengok movie, berdebar yang amat, tak senang duduk dan ending dia walaupun happy ending seperti kita semua suka tapi till the end aku sebenarnya ragu-ragu confirm ke endingnya seperti yang aku fikirkan tu.


Aku kurang rajin nak menulis sinopsis movie ni, anda boleh dapat gambarannya melalui trailer yang aku tinggalkan dibawah. Aku memang recommend sesangat kepada sesiapa yang belum menonton filem ni walaupun filem ni dah keluar sejak tahun 2010 dulu. Actually, aku pernah download movie ni tapi jadi koleksi je, tak sempat nak tengok. Now aku still ada perasaan nak tengok movie ni untuk kali ke 3...wah!

morale of the story : duhai wanita...lelaki (terutamanya sang suami) 
sanggup melakukan apa saja untuk kebahagiaan anda :)


Rating Aku : 4.5/5 (hampir sempurna tapi....)

2 comments:

Lina said...

i miss those free all-channels from astro...had been a couch marathon player on most of them.... : )

Najed said...

hahaha..so true

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...