Peace, Love n Respect

Sunday, April 29, 2012

Tajuk diatas adalah respond aku terhadap kejadian 280412 @Dataran Merdeka.
Sebarang komen, cadangan & surat menyurat berkaitan kejadian tersebut di blog ini tidak akan dilayan :))

Yang aku nak kongsi hari ni ialah permohonan pertukaran tempat mengundi aku & wifey telah diluluskan. Yelah, masa PRU 12 (2008) aku masih lagi solo, time tu sanggup je meredah jem 5 jam nak sampai kampung yang biasanya sejam lebih perjalanan semata-mata nak pastikan aku tunaikan hak aku sebagai warga Malaysia. 

Now, kita hampir tiba ke PRU 13, aku pun dah ada rakan duet. Tempat mengundi pulak sorang ditimur, sorang diutara. Kalau tiada tindakan oleh aku & wifey, keadaan yg bakal berlaku adalah a. lepak rumah dan dua-dua tak mengundi atau b. balik kampung salah sorang so sorang je ngundi, sorang lagi surrender. So, jalan terbaik rasanya tukar jelah tempat mengundi ke kawasan tempat tinggal kami skrg.   

Kami mulakan proses pertukaran alamat ni last december dengan ke JPN untuk update alamat tempat tinggal kami sekarang. Kita boleh kekalkan MyKad sediada dan update alamat baru dalam chip je tapi nasihat aku tukar jelah MyKad terus lagi senang. Bahaya kalau update chip je, tiba kat pusat mengundi tak pasai-pasai kena tuduh pengundi hantu pulak kalau alamat kat MyKad alamat kampung. Dorang belum tentu ada kad reader nak scan MyKad kita. Jangan cari nahas, PRU 13 dijangkakan paling 'panas'. 

Lepas dapat MyKad baru kami ke Pejabat Pos terdekat apply tukar alamat mengundi. Mula-mula status permohonan kami ditangguhkan kerana terdapat bantahan untuk pendaftaran baru dan pertukaran alamat di kawasan parlimen yang aku apply tu. Finally, last week bila aku check di laman web SPR tengok-tengok rekod aku dah dikemaskini seperti berikut


So, koi ngundi kat Selangor le pas ni yek...awok? hehehe.

Kalau ada dikalangan kita yang dah berumur 21 tahun, warga Malaysia tapi belum mendaftar sebagai pengundi, cepat-cepat la mendaftar. Sangat senang untuk mendaftar, sila rujuk disini untuk panduan. Mungkin sudah terlewat untuk anda mengundi di PRU 13 jika pilihanraya dijalankan Jun ini seperti dijangka tapi siapa tahu mungkin peluang anda masih terbuka. Apa-apa pun daftar dulu ye, lepas tu gagahkan diri mengundi bila tiba masanya nanti dan kita lihat siapa yang kena....yang penting, jangan lupa Peace, Love n Respect.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...