Ke London Kita Julai Ini ?

Wednesday, April 25, 2012

Olympic London 2012 akan berlangsung dari 27.07.12 hingga 12.08.12. Anda mahu ke  Olympic London secara percuma? buat video 30 saat dan upload di Samsung Global Blogger Contest. Cepat!! contest ini berakhir pada 29 April 2012.

Aku ada terasa nak joint tapi sebab olympic kali ni jatuh pada 7 - 23 Ramadhan so kalau menang nanti tak pasai-pasai kena berpuasa di perantauan, so aku tak jointlah kali ni kot (confident je boleh menang..hehe). 

InsyaAllah, kalau ada rezeki dimasa depan mmg aku bercadang mahu ke London lagi.  Bukan setakat ke London, kalau boleh nak travel ke seluruh Europe. Cuma mungkin tidak dalam tempoh terdekat. Aku, wifey & Syaurah (+ beberapa family members wifey) baru lagi ke London hujung November lepas. Kalau mahu pergi lagi, aku akan rancang lebih rapi dan all out...yo yo je :)

 

Kami pernah bercadang nak travel ke europe sebelum ni tapi tak pernah dirancang betul-betul. Entah macam mana, family wifey bercadang nak ke London dan kami dapat tau, terus decide nak joint. Dalam tempoh 2 minggu, kami apply cuti, uruskan passport Syaurah etc dan pada 20.11.11 kami berlepas ke London.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya lawatan singkat kami ke sekitar London berjalan lancar. Paling aku dan wifey bersyukur, Syaurah sihat dan sangat happy disana. Mungkin selesa dengan cuaca sejuk disana, baru berjalan sikit, dia dah tertidur dalam stroller. Perjalanan dalam flight hampir 28 jam (pergi dan pulang) pun dapat ditempuhi dengan baik. Kalau bosan kami buat selamba je meronda satu flight.



Aku tak mampu nak ceritakan semua pengalaman disana dan paparkan 1000++ gambar-gambar yang ada. Apa yang aku mampu katakan, dari pengalaman melihat tempat orang dan setelah menyelami seketika cara hidup disana, London memang satu kota yang menarik dan menyenangkan. Patutlah ramai yang suka ke sana.

Buat sesiapa yang belum pernah ke sana dan ingin mencuba, rajin-rajin buat research di internet dan buat persiapan yang sepatutnya. Aku yang mulanya risau juga nak kesana tambah-tambah dengan anak kecil akhirnya seawal tiba dah dapat menyesuaikan diri, malah berasa sangat selesa. Makan, penginapan, pengangkutan semua cukup cemerlang waktu aku disana. Sedikit cabaran yang ada jika diingat semula hanyalah cuaca sejuk yang kadang-kadang keterlaluan dan karenah pihak imigresen yang sangat-sangat tidak mesra pelancong  (tak kira waktu masuk mahupun keluar....isk isk isk tak sangka nak balik pun susah). Apapun sikit je tu, no hallah, bestnya lagi banyak. Jangan lupa sertai Samsung Global Blogger Contest, good luck & selamat melancong buat pemenang :)

Kalau mahu boleh teruskan layan sikit lagi pics kami di London yg aku dah upload dibawah, tq.













  




p/s : Melancong ke London mungkin kedengaran mewah tetapi kos keseluruhan yang aku & wifey keluarkan sebenarnya macam percutian ke Negara Asean sahaja. Selain kami berjaya mendapatkan best deals yang diatur pakcik wifey kerana kami mengikut dia yang kesana atas urusan kerja, living cost di London sebenarnya berpatutan (jangan terlalu bandingkan kadar tukaran wang RM vs GBP). Banyak barang yang kami beli jika dikira sebenarnya lebih murah dari di Malaysia. Aku boleh katakan ini sebagai rezeki jua mungkin peluang sekali seumur hidup...alhamdulillah. 

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

cool!
seronok je tgok, rasa nak pg jgk. tp bila ek *heh*

footnote : untung syaurah kecik2 dh ke london, aunty ni dh tua bangka x sampai lg :P

Najed said...

insyaAllah...1 fine day bole sampai ke sana.

Syaurah tu tambang free lagi sbb below 2 years old...legaaaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...