Sengsara '127 Hours'

Wednesday, March 30, 2011


Komentar positif yang diterima filem ni membuatkan aku memberi keutamaan kepada 127 Hours untuk ditonton berbanding filem-filem lain dalam koleksi aku. Dengan high expectation aku layan movie ni dan ternyata tidak mengecewakan.

Filem arahan Danny Boyle ni adalah salah satu calon filem terbaik Anugerah Akademi tahun ni tetapi kalah kepada The King's Speech. Apapun, Danny Boyle dah pernah menang sebelum ni dengan Slumdog Millionaire dan reputasi tulah membuatkan expectation aku semakin tinggi.


Berdasarkan kisah benar, watak Aron Ralston dilakonkan dengan cemerlang oleh James Franco. Bukan senang nak hidupkan watak terperangkap seorang diri selama 127 jam hingga penonton terasa real...berkongsi azab yang ditanggung Aron. Memang rasa sengsara...huhuhu.

Selain kisah usaha Aron melepaskan diri di cerun tu, imbasan kisah-kisah kenangan Aron dan khayalannya untuk mengisi masa selama 157 jam tu menjadikan filem ni tak terasa bosan malah aku makin mengenali Aron. Cinematography filem ni juga sangat cantik dan aku puashati.

Aron terperangkap apabila tangannya dihempap batu di sebuah cerun curam di Utah. Kisah kecekalan, tak putus asa mencari ikhtiar untuk melepaskan diri yang menjadi intipati filem ni boleh dijadikan motivasi. Ada juga pengajaran yang boleh diambil seperti sikap mengabaikan orang disekeliling akhirnya membawa padah apabila tak siapa tahu dimana Aron berada menyebabkan walaupun 5 hari tanpa khabar berita, tak siapa dapat mencari dia. Macamana akhirnya Aron dapat melepaskan diri? kenalah korang tonton sendiri filem ni ye.


Aron Ralston sebenar


Rating aku : 4/5

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...