Mawar Merah Buat Mama

Thursday, March 31, 2011

red-roses-photo


Hari ni birthday wifey.


Buat pertama kali aku arrange bunga untuk dihantar ke opis wifey. Aku cuba menjadi seorang suami yg sweet..hehehe.


Selama ni aku tak pernah terfikir nak hantar bunga pada wifey. Pada aku daripada bunga lebih baik kalau aku beri sesuatu yang lebih praktikal & long lasting. Entah macamana, semalam aku terfikir nak bagi bunga pada wifey untuk birthday tahun ni. Aku rasa semua wanita suka bila dapat bunga so apa salahnya sekali sekala aku juga bagi wifey bunga. Bunga tu mungkin seminggu lagi akan layu tapi ingatannya insyaAllah akan tetap berkekalan sampai bila-bila.


Pengalaman pertama memesan bunga ni rupanya tak berjalan sebagaimana yang diharapkan. Aku mahu berikan wifey a hand bouquet of red roses tapi wifey terima sepasu bunga ros merah. Masa order semalam aku lupa nak bagitau yang aku mahukan hand bouquet malah tak tengok langsung dan hanya menyerahkan sepenuh kepercayaan pada penjual tu. Mula-mula aku plan nak keluar time lunch untuk survey kedai-kedai bunga sekitar opis tapi disebabkan seharian ada tugas diluar, tak sempat nak ke kedai bunga. Hari ni pagi-pagi aku perlu bertolak ke Ipoh so takut tak sempat pulak nak order, balik opis petang semalam aku dapatkan contact number penjual bunga tu, order melalui telefon dan terus bayar.


Sebenarnya gubahan yang wifey terima tu tetap cantik dan wifey pun suka. Aku je yg rasa tak puashati sebab lain daripada apa yang aku bayangkan. Apapun, terima kasihlah kepada si penjual bunga yang siap bagi pasu yg sungguh berat tu bersama bunganya...huhuhu.


Buat mama...Selamat Ulangtahun Kelahiran. May Allah bless you.


With lots of love from papa + nurina syaurah.



5 comments:

Prihatin said...

other poeple might love something other than roses. whatever it is, how lucky is yr wife having a husband like you...

Najed said...

haha..tq ina :)

ZERO VENDETTA said...

so suwit :)

me myself never get roses again after we got married. last was 3years back :(

* the "vase" looks funny a bit. heh

Najed said...
This comment has been removed by the author.
Najed said...

ZV...one day will come true. its a surprise so must remain surprise :))

ya ka? funny vase tp kak ira ckp nmpk mahal..hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...