Sinaran Kami

Monday, November 22, 2010

Our tembam baby dah berusia sebulan hari ni. Alhamdulillah, wifey dan syaurah are fine.


Kali ni aku nak recap balik lebih kurang perjalanan hidup kami dalam tempoh sebulan ni especially sewaktu kelahiran our Nurina Syaurah.


21.10.10, 2.00 pm ~ Aku temankan wifey ke klinik untuk checkup. Wifey dijangka bersalin pada 25.10.10. Bila doc check, baby agak besar (estimated 3.30 kg), belum masuk ‘parking’ dan berdasarkan ‘ukuran’ wifey vs baby doc nasihatkan wifey dibedah. Kami pernah fikirkan kemungkinan ni dan terus bersetuju.


22.10.10,

> 11.00 am ~ Wifey start berpuasa dan check in di Pantai Medical Centre (PMC), Bangsar.


13112010705


> 3.00 pm ~ Pakar bius, Doktor Jamsari datang memperkenalkan diri dan terangkan sedikit mengenai suntikan epidural. Wifey ambil epidural half body berdasarkan cadangan Doktor Hamid.


DSC04339


> 4.00 pm ~ wifey siap tukar pakaian dan dibawa ke bilik bedah. Aku pun dikehendaki menukar pakaian sebelum masuk. Aku tak dibenarkan melihat suntikan epidural dibuat, tapi menurut wifey tak rasa apa-apa pun.


> 5.30 pm ~ aku masuk ke bilik bedah apabila pembedahan dimulakan. Mula-mula rasa takut juga tapi bila keadaan nampak ok, aku pun jadi relaks.


DSC04363


> 5.40 pm ~ Nurina Syaurah dilahirkan. Doc jumpa fibroid dalam rahim wifey dan terus dibuang. Proses pembedahan tak jadi masalah untuk aku tapi proses mengeluarkan air ketuban dan lendir-lendir di saluran pernafasan baby agak menggerunkan. Terasa sangat kesian tapi itu memang proses yang penting untuk baby. Suara tangisan syaurah menjadi lebih jelas apabila proses pembersihan ini selesai. Boleh tahan nyaring jugak suara dia ni.


MOV04358 46

MOV04358 122


> 6.00 pm ~ Aku mengiringi syaurah dihantar ke nursery. Disana aku dimaklumkan berat syaurah adalah 3.75 kg. Lebih besar dari jangkaan.


> 7.30 pm ~ Wifey kembali ke wad. Syaurah dihantar kepada kami. 1st time kami tengok syaurah selepas dibersihkan…sepetnya mata budak ni, kesan forceps sangat jelas tapi doc inform sehari dua kesan tu akan hilang nanti..insyaAllah. Mata syaurah dah celik time tu dan dia beria-ia tengok aku, tak tau la apa yg dinampaknya dalam usia baru hampir 2 jam tu..hehe. Time nilah aku iqamatkan syaurah.


DSC04384


Wifey masih dalam bius dan baru cuba minum seteguk-seteguk. Kalau boleh minum dan tak muntah, wifey boleh start makan. Kaki wifey masih kebas dan tak boleh rasa apa-apa.


PMC sebuah hospital penyusuan susu ibu so wifey dah start try susukan syaurah dibawah seliaan nurse. Malam ni syaurah asyik menangis je. Cemas jugak kami dibuatnya. Selepas satu hari yang panjang, aku tersangat penat dan bertambah ‘down’ risaukan syaurah yang menangis tak henti-henti.


DSC04387


23.10.10 ~ Alhamdulillah, syaurah pun tak lagi menangis macam semalam dan asyik tidur je. Walaupun dibedung, tangan at least sebelah mesti nak keluar jugak…suka hati dia je si tembam ni. Takpelah, yang penting dia tidur lena.


24102010685


Wifey pulak muntah selepas sarapan so proses percubaan minum air kosong seteguk-seteguk dimulakan semula seperti semalam. Family aku, family wifey & sahabat handai kami ramai yang datang melawat hari ini. Terima kasih buat semua yang sudi datang.


DSC04392

DSC04412
DSC04410

DSC04395


Uri aku terpaksa minta tolong abg ipar aku untuk bersih dan tanam di kampung bersama fibroid wifey. Niat hati nak juga belajar bersihkan tapi mak aku sendiri takde pengalaman so mak mintak abg ipar aku saja yg selesaikan.


24.10.10 ~ Wifey dah boleh terima makanan berat dan sudah boleh berjalan.


DSC04428DSC04432DSC04434


25.10.10 ~ Sedikit taklimat penjagaan baby oleh PMC. Doktor Hamid datang dan membenarkan wifey + syaurah balik hari ni.


26.10.10 ~ Aku berjaya juga dapatkan Ikan Haruan untuk wifey. Ikan Haruan ni bagus untuk menyembuhkan luka pembedahan. Doktor tak benarkan wifey ambil pati haruan/ gamat so kalau mahu makan, digalakkan makan terus yang asli. Aku beli 6 ekor ikan ni di Pasar Borong Selangor. Hari ni 2 ekor mak masak gulai rebus asam + halia + bawang putih + cili besar, masak sampai kering, sedap…sgt lembut isinya.


MOV04442 12MOV04443 9MOV04444 2MOV04445 4MOV04447 3


Selain gulai ni, menu lain Ikan Haruan yang dimasak untuk wifey ialah masak halia + lada hitam atau dibakar. Masakan berminyak/ berkuah sangat orang berpantang tak berapa digalakkan makan, nak masak style lain takut wifey tak lalu pulak. Aku ada rasa Ikan Haruan bakar, bahagian yang garing rangup sedap terasa macam KFC Hot n Spicy…serius.


27.10.10 ~ Follow up syaurah di PMC. Alhamdulillah, syaurah sihat, joundis pun sgt minimal dan tak perlukan rawatan lanjut.


28.10.10 ~ Tali pusat syaurah tanggal hari ni.


30.10.10 ~ Mak aku balik kampung (thanks mak sudi jaga wifey dan syaurah). Kami pun mahu gerak balik ke Sitiawan pada masa yang sama tapi tiba-tiba kereta buat hal dan terpaksa tukar bateri. Disebabkan lambat selesai urusan kereta, kami decide untuk balik keesokkan harinya.


31.10.10 ~ Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung wifey. Perjalanan lebih lama daripada biasa sebab aku perlu bawa perlahan maklumlah wifey baru lepas pembedahan. Syaurah cuma menangis sekali sepanjang perjalanan, siap menyusu dan tukar diapers, dia tidur semula hingga kami tiba di kampung.


06.11.10 ~ Majlis cukur jambul syaurah.


DSC04523DSC04505MOV04520-3DSC04530


08.11.10 ~ Kami daftarkan syaurah di klinik desa supaya senang kalau ada keperluan nanti. Lagipun sekurang-kurangnya disepanjang wifey berpantang di kampung, boleh la bidan kerajaan tengokkan wifey dan syaurah. Joundis syaurah pun diperiksa lagi dan alhamdulillah syaurah bebas joundis sepenuhnya. Syaurah ada sikit gatal-gatal merah dimata. Disebabkan di klinik desa tiada doktor, kami ke pakar kanak-kanak di klinik swasta untuk diperiksa. Rupa-rupanya syaurah allegic habuk so kami diberikan ubat titis sebagai rawatannya. Berat syaurah sekarang bila ditimbang sudah naik ke 4.05 kg, alhamdulillah. Petang tu aku balik ke KL selepas 10 hari cuti berlalu sekelip mata…huhuhu.


17.11.10 ~ Aidiladha pertama syaurah. Aku balik ke kampung jumpa wifey dan syaurah selepas seminggu kembali ke KL. Syaurah dah pandai nak didodoi sebelum tidur malam sekarang. Mujurlah dia tak berjaga sangat tengah-tengah malam, sekali dua je bangun menyusu dan tukar diapers, terus tidur sampai pagi.


22.11.10 ~ Our Nurina Syaurah berusia sebulan. Sebagaimana kami namakan dia dengan maksud ‘sinaran kami yang cantik’, kami berdoa semoga syaurah bukan saja menjadi sinaran kami yang cantik dimata tapi juga cantik budi bahasa dan akhlaknya. Sebagaimana harapan ibu bapa lain, kami pun sama juga berharap mudah-mudahan cahayamata kami ini mudah dijaga dan dididik, membesar menjadi anak solehah yang sihat, bijak dan menyenangkan hati kami kedua orang tuanya serta akan mendoakan kami bila kami tiada lagi didunia…insyaAllah, amin.

DSC04594

pic pada 17.11.10 (umur 27 hari)



5 comments:

EimaruSi|ence™ said...

Singgah sini. Seronok dengar cerita kamu. Beruntung wife n anaknya. Nak follow blog nih...

shazika said...

tahniah!
comey baby

Najed said...

Eimaru : welcome + tq.
Shazika : arigatou gozaimasu :)

N2kU said...

congratz dude

Najed said...

N2kU : arigatou

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...