Langsir baru menjelang Aidiladha

Wednesday, November 17, 2010

Salam.

Big Blue Sky berlangsir baru, kaler hijau pulak :)

Aku tak mahu BBS terikat dengan warna biru saja. Biarlah orang kata langit itu biru tapi langit aku bermacam-macam warna. Macam jugak rasa, ada bermacam-macam rasa. Ada pahit, manis, masam, masin. BBS aku mahu ada pelbagai rasa dan jadi sebuah blog yang dinamik (wah! kononnya..hehe).

Tiba-tiba je aku rasa nak tukar langsir baru. Tengah layan blog sambil tengok tv malam tadi tangan laju je klik sana, klik sini....langsir BBS pun bertukar. Konsep minimalis je. Yang penting BBS tetap sempoi...bole?

Erk..oklah, aku dah nak gerak balik jumpa wifey dan syaurah. Habis breakfast secawan horlick dan 3 keping biskut di pagi aidiladha yang hening ni aku gerak la. Aku ambik jugak semangat raya dengan pakai baju melayu hari ni. Aku takde la rasa sedih...biasa je...serius. Ini hanyalah antara 'pengorbanan' kecil yang buat aku, tak perlu nak sedih-sedih :)

Selamat Hari Raya Aidiladha. Jumpa lagi. Ciao

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...