Cayalah Vettel !!

Tuesday, November 16, 2010


Malam semalam aku sempat layan last F1 race tahun ni, Abu Dhabi GP di Litar Yas Marina. Dah lama jugak aku tak follow F1 race, sekarang ni sekali sekala je kalau ada time free. Tapi malam tadi bukan hanya disebabkan last race dan penentuan juara, aku sebenarnya ter'excited' dengan litar baru Yas Marina yg sgt mantap. Mata aku jadi cerah je walaupun dah siap landing atas katil :)

Rasa berbaloi tgk race mlm td sebab racenya sgt entertaining dan finally Sebastian Vettel from Red Bull menang jugak. Secara automatik rekod Lewis Hamilton selaku juara F1 termuda dah digantikan Vettel walaupun kedua-duanya jadi juara pada umur 23 tahun. Apa yang membezakan rekod tu adalah umur dorang mengikut hari.

Aku bukan la fan Red Bull sebab this year aku kononnya mahu jadi patriotik dengan sokong Mercedes GP dan Lotus Cosworth yang ada kaitan dengan Malaysia. Tapi dari awal Vettel ni ada potential nak jadi juara cuma selalu kurang bernasib baik time race. Aku expect 1 fine day, Vettel akan jadi juara dunia jugak dan kalau boleh biarlah dengan team favourite aku McLaren Mercedes ke or Mercedes GP. Rupanya tak perlu tunggu lama, Vettel dah pun jadi juara.

Oh ye, about Litar Yas Marina. Memang cun litar ni, litar barulah katakan. Litar ni mula digunakan tahun lepas tapi aku tak tengok race tu. Baru tahun ni dapat tengok. Alangkah bestnya kalau 1 day dapat layan F1 nightrace live kat litar ni...hmmm....hopefully.





p/s : congrats to Lotus team yang dpt tempat ke 10 overall, oklah tu, 1st season kan..next season kena la up lagi...all the best.

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

bilalah nak sampai abu dhabi ni agaknya, teringin rasanya. dpt peluang keje kt sana kan best. hehehee...

Najed said...

bercuti nak, kerja sana....hmm tak tau la nak ckp :)

tp gila la negara arab ni buat development, mentang2 kayo...sebelah yas marina ni ada ferrari world lagi..isk isk isk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...