Restoran Saba @ Cyberjaya

Tuesday, October 19, 2010

DSC04333


Balik dari Bangi pada Sabtu lepas, aku, wifey dan pakcik makcik wifey singgah di Restoran Saba ini untuk dinner. Sudah banyak kali kami dengar tentang restoran ni terutamanya dari mereka yang tinggal/ bekerja di Putrajaya, kali ni kami nak cuba sendiri.


Restoran Saba ni sebuah restoran makanan timur tengah. Walaupun bermacam-macam menu yang ada tapi kami hanya pilih Nasi Kabsah Ayam, Kebab Ayam dan Minuman Barbican perisa Strawberry dan Epal untuk hidangan kami malam itu.


1. Nasi Kabsah Ayam + ulam-ulaman + sambal + dalca

DSC04319DSC04326

DSC04320


2. Kebab Ayam

DSC04328DSC04322


3. Barbican Strawberry dan Epal

DSC04331DSC04321

Walaupun hanya ini hidangan yang kami cuba tetapi cukup untuk menjelaskan kenapa pelanggan sentiasa berpusu-pusu datang ke restoran ni. Setiap hidangan bukan saja sangat sedap tapi portionnya juga sangat banyak dan harganya berpatutan (janganlah bandingkan dengan harga makanan gerai tapi bandingkan dengan harga makanan fast food).


Sebagai contohnya sepinggan Nasi Kabsah bersama ayam quarter size berharga RM10 yang aku order, boleh dikongsi dua orang dewasa dengan cukup kenyang. Nasinya pun sangat lembut dan boleh dimakan begitu sahaja walaupun tanpa lauk dan kuah.


Kebab Ayam berharga RM15 yang diorder wifey pun nampak menarik. Rasanya of course la sedap. Roti pita yang diberi sekali dengan kebab tu cukup banyak hingga kami boleh tapau bawa balik dan makan lagi untuk sarapan esoknya.


Minuman Barbican berharga RM4 yang kami cuba rasanya seperti sparkling water saja. Semestinya halal diminum.


Kami looking forward untuk datang lagi lain kali. Kebanyakkan pengunjung datang dalam group yang ramai kebanyakannya bersama ahli keluarga. Kami pun bercadang untuk datang membawa ahli keluarga kami yang lain juga nanti. Kenapa tidak kan?


Untuk maklumat lanjut sila layari website Restoran Saba di sini.


5 comments:

ZERO VENDETTA said...

rajinnya pg cari tmpt makan, nmpk sgt best & harga pn ok.kalau kami asyik makan tmpt sama jela :)

Najed said...

bukan selalu pun, should try la ZV :)

DJ said...

kebab ayam tu w'pun tak nampak ayamnya nampak cam sedap je!:)

Najed said...
This comment has been removed by the author.
Najed said...

sedap DJ...sesuai bg yg mabuk2 n takleh masuk nasik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...