Ramadhan ini, so far....

Saturday, August 21, 2010

11 Ramadhan 1431H. Kita kini berada dalam fasa ke 2 Ramadhan, fasa maghfirah (ampunan) selepas fasa rahmat di 10 hari pertama meninggalkan kita. Doa aku mudah-mudahan aku tak 'tersingkir' dek performance yg so so aje sewaktu di fasa pertama hari tu. Dah berazam sekuatnya tapi aku mmg sedih dgn performance ramadhan aku setakat ni. Harap-harapnya aku boleh catch up untuk hari-hari seterusnya.

Wifey alhamdulillah masih berpuasa penuh walaupun nampak sgt keletihan membawa perut. Our baby sgt aktif especially after berbuka, kuat benor menendang budak ni. Ramadhan kali ni nmpknya tugas menyediakan hidangan berbuka aku kena takeover. Sikit-sikit kitaorg masak, kebanyakkannya aku beli je kat foodcourt. Aku masih habis kerja pukul 6, tak sempat kalau nak ke PaRam so lunch hour aku start la ke foodcourt, tapau lauk..hehe. Cemas jugak kadang-kadang, takut tak pasai-pasai kena cekup dengan jabatan agama.

Aku jarang online puasa-puasa ni. Sampai rumah, buka puasa, tarawikh, rehat kejap...kadang-kadang terus log out... zzZZZ. Sebab dah jarang buat post, aku gebang terus beberapa story update dari aku rangkuman sekitar 10 hari Ramadan yg lalu.

Plasma TV dah sampai.

2 Ramadhan : Panasonic Plasma TV 42 inci yg aku menang time company annual dinner hari tu sampai kat rumah. Aku terus mintak tolong pasangkan. Kalau tak, susah jugak nanti nak pasang sorang- sorang. Terima kasih banyak-banyak pada pihak-pihak yg membantu proses penghantaran dan pemasangan hari tu.

TV tu memang cukup besar untuk apartment sekangkang kera aku. Tambah dengan TV tu, susun atur rumah aku sekelip mata lintang pukang. Tapi takpelah, kena syukur dpt TV free :)

Macam menjadi satu cabaran jugak dpt TV tgh puasa-puasa ni. Kuat godaan rasa nak melayan TV tu padahal patutnya puasa-puasa ni hiburan-hiburan melalaikan kena la dikurangkan..huhuhu. Kena layan ASTRO OASIS la nampaknya nih..hehe.


Anak Yatim Treats.


3 Ramadhan : Awal pulak majlis berbuka puasa company aku tahun ni. Majlis ni bukan untuk staff tapi fokus pada anak-anak yatim (dlm 400 org). Aku tak lepaskan peluang bila diminta membantu program meraikan anak-anak yatim ni. Yelah, nak harapkan duit sendiri belanja makan, bagi cenderamata dan duit raya untuk 400 orang anak yatim macam ni mungkin lambat lagi (optimis kan..hehe..InsyaALLAH).

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada sikit kekurangan (buat event jarang dapat perfect). Thanks to team Jab Komunikasi Korporat yg sudi invite aku. Mudah-mudahan usaha murni kalian ni diberkati ALLAH.


Balik Raub.

4-6 Ramadhan : Antara perkara terindah sewaktu Ramadhan ialah dapat berbuka dan bersahur bersama family. Aku dan wifey balik kg aku dulu last week sebab on Monday morning wifey ada checkup. Jarak kg aku dgn KL lebih dekat so kalau gerak lepas subuh pun masih sempat.

Alang-alang balik kg, aku tak lepaskan peluang ke PaRam Bandar Raub. Mmg every year aku akan cari ikan bakar dan Gulai Aserung favourite aku kat sana. Gulai Aserung ni kalau aku tak pernah cerita ialah macam gulai masak asam dengan combination daun-daun. Gulai Aserung ni mmg pedas melampau...meletops. Sangat membuka selera. Cuma skrg ni, ada banyak versi dah Gulai Aserung ni. Aku mesti ronda satu PaRam, pilih jenis yang aku suka iaitu berwarna kuning muda + ayam. Kalau yg pekat-pekat/ coklat / dengan daging atau ikan tu mmg aku tak boleh masuk langsung.

p/s : sori le aku lupa nak amik pic. Lain kali la.


Wifey 7th Checkup.

16.08.10 ~ week 30


Alhamdulillah, so far so good, both wifey dan baby sihat-sihat saja. Just routine checkup.

Oklah tu saja buat masa ni. Selamat berpuasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...