Turun Naik

Saturday, July 17, 2010

Subsidi petrol, diesel, LPG dan gula dikurangkan mulai hari ni. Secara automatik harga produk-produk ni di pasaran naik. Petrol RON 95 sekarang dijual RM1.85 seliter (naik 5 sen), RON 97 dah ikut harga pasaran semasa, gula RM1.90 sekilo (naik 25 sen) dan LPG naik 10 sen sekilo.

Aku terima dengan hati terbuka kenaikan harga ni walaupun kos sara hidup nampaknya sikit sebanyak bakal naik. Bagi rakyat marhain macam aku, duduk di ibukota, tiap kali ada kenaikan harga petrol, gula...harga bahan makanan yg paling cepat naik. Kalau harga tak naik pun, portion makanan tu yg makin kecil/ dikurangkan daripada biasa. Biarlah macamana kerajaan kata kenaikannya sgt minimal dan tiada impact tapi bila harga petrol/ diesel naik, alasan pengilang dan pemborong takde lain....kos pengangkutan/ operasi meningkat. Kali ni pulak sekali naik dengan harga LPG dan gula...hmmm....lepas pengilang...pemborong....then peruncit..yg kena akhirnya pengguna....teori domino effect.

Mulai sekarang, rakyat Malaysia perlu mula belajar macamana nak adapt kesan pengurangan subsidi ni hasil dari dasar kerajaan untuk reformasi subsidi. Lepas ni bukan saja subsidi petrol, LPG dan gula tp banyak lagi. Rasional yg diberikan kerajaan memang ada yg boleh diterima. Mungkin untuk jangka panjang kita akan nampak kebaikannya (especially tentang penggunaan gula dan juga kesan subsidi pd ekonomi) tapi paling penting, aku harap penjimatan dari pengurangan subsidi ni dpt digunakan untuk kebajikan rakyat terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana yg makin struggle nak survive hari demi hari.

Aku harap jugak kerajaan cepat2 upgrade pengangkutan awam sbb bila harga petrol naik, rakyat bukannya ada alternatif lain, terpaksa jugak guna kenderaan sendiri. Pengangkutan awam di Malaysia ni bukan saja tak efficient tp tak reliable langsung.

Perlu jugak kerajaan ambil perhatian untuk monitor pengurusan/ perbelanjaan kerajaan, perlu cut cepat2 sebarang pembaziran. Janganlah asyik tarik subsidi, kurangkan itu ini untuk rakyat and end up dgn rakyat rasa tak ada faedah lagi menyokong kerajaan. Tak mustahil nanti hukuman yg lebih berat dr PRU 12 menanti...so sesal-sesallah dahulu sebab sesal dahulu pendapatan :)

regards,
SILENT MAJORITY

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...