Banci 2010

Tuesday, July 13, 2010



Baru selesai submit e-Census. This is for the 1st time aku joint banci ni sebagai 'ketua rumah'. Dulu masa kecik-kecik aku ingat jugak pernah tgk pegawai banci dtg ke rumah interview mak...skrg time aku pulak.

Balik dr kg wifey ahad lepas, aku terima surat dgn panduan mengisi e-Census yg ditinggalkan kat depan rumah. Dengan ID yg diberikan, aku log in (register) dan dpt password melalui email, lepas tu aku terus buat banci ni secara online.

Details jugak rupanya banci ni, penat juga nak menjawabnya...mujurlah maklumat aku dan wifey je, bayangkan org yg ramai penghuni rumahnya...masak jugak dibuatnya. Tengok maklumat yg perlu diberikan ni, aku terfikir jugak...mesti susah juga pembanci ni nak dptkn banci dr penduduk2 kat Msia ni, mesti ada yang refuse nak cooperate/ tak nak bagi details sebenar/ malas nak layan, lepas tu pembanci ni kena merayap ke pelbagai pelusuk tempat, jumpa bermacam-macam jenis org..hmmm...tp pembanci ni dpt upah kan...loaded jugak rsnya :)

Nak kata apa pun, banci tetap banci. Buat semua rakyat Msia, selamat membanci, anggap jelah ni sumbangan kita yg tak seberapa untuk negara, harap2 info2 yg diberikan tu adalah manfaatnya.

Sedikit pengenalan mengenai banci ni yg aku copy dr website Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.
Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010. Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain."

Kaedah banci dijalankan kali ni spt berikut:

Dalam pelaksanaan Banci 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah
pengumpulan data yang pelbagai iaitu:
i.
Temu ramah bersemuka:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

ii.
Pengisian sendiri

a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi.


b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...