Pisang TaHa di Mc'D

Wednesday, September 16, 2009

25 Ramadan 1430H. Wifey joint her office majlis berbuka puasa. Aku malas nak balik berbuka sorang2 kat rumah so cepat2 sms Roslan informed nak joint geng2 berbuka kat TaHa. As usual, kami berbuka dulu dgn kurma & kuih, pastu maghrib berjemaah baru makan nasi pulak.

Chot dgn penuh confident awal2 dah informed menu malam ni nasi ayam. Tapi bila sampai je time makan, tgk2 menunya nasi putih, sup ekor, ikan cencaru bakar sumbat dan sayur labu. Aku yg ambik nasi agak banyak terfikir jugak camno nak abiskan nasi yg bertimbun tu dgn 2 ketul sup ekor, 2 ketul sayur labu n seekor ikan bakar cencaru yg rasanya paling kecil aku pernah jumpa. Aku nyaris2 ingat ikan todak tadi ...hehe.

Bila smpai je kat meja tgk muka geng2 kelat je. Masing2 pakat mengomel pasai lauk2 tu. Aku pernah awal ramadan hari tu berbuka kat TaHa, time tu hepi sgt ngn lauk2 dia, hari ni lain pulak kesahnya. Bila tgk catering muka lain...teori aku mungkin TaHa gilir2kan katering yg dilantik kot....so nasib la dpt catering jenis camne.

Apapun, aku yg jenis x kisah sgt, dah rezeki...makan jugak smpai licin (siap pau lauk member2 lg nak bg cukup ngn nasi yg menimbun tu). Bagi aku, dpt berbuka ni pun dh alhamdulillah. Rasanya sepanjang ramadan ni pun puas dah makan sedap2, so sekali sekala kurang sikit aku redha je la ngn rezeki yg ada.

Last2 geng2 yg lain sepakat nak ke Mc'D sementara tunggu Isyak sbb tak puas makan....aku pun setuju jugak sbb lama dah tak pekena fast food. Then, kitaorg bertujuh cepat2 gi Mc'D walaupun masing2 cuma pakai selipar jepun n ada yg x bwk wallet pun. Finally, sbb rs nasi yg makan td cukup, aku cuma amik dessert Connerto Mc Flurry je....selain tumpang sekaki makanan geng2 yg lain hehehe. Yg best, bila dh ramai2, mmg kecoh, masa yg terhad tu terasa sgt meriah...tambah2 dh lama tak hang out dgn kawan2 camni. Tgh2 makan tu kami perasan, ada sorang yg dlm rushing2 dr Taha ke Mc'D tadi sempat jugak capai pisang sedekah kat surau tu n bawak ke Mc'D....hehehe. Lepas makan, kami berjaya jugak capai matlamat kami patah balik ke TaHa utk Isyak dan tarawikh...alhamdulillah.


Interlude: Apasekalipun, dlm gurau senda kami berckp tentang makanan berbuka yg kureng skit mlm ni dan sikap kami yg sedikit cerewet, kami tetap bersyukur dgn rezeki kurniaan tuhan. Sempat jugak kami mengingatkan diri betapa bertuahnya kita punya byk pilihan makanan yg lazat2. Terima kasih jugak pada TaHa yg provide ruang + peluang utk kami berbuka + bertarawikh. Berjiran dgn TaHa ni sgt membahagiakan kami. Cuma...pada caterer2 yg dilantik bekal makanan utk majlis2 berbuka puasa kpd org ramai tu, hopefully selain berniaga, buat untung, apa salahnya beramal jariah jugak .....especially bulan2 ramadan nih. Mungkin kami mampu cari makanan alternatif lain tp camne dgn org yg mmg cuma berharap pada makanan percuma tersebut utk berbuka. Mungkin, kes kat TaHa lain sbb rasanya semuanya org yg bekerja tp tak mustahil keadaan ni berlaku kat tmpt lain. Mudah-mudahan tidak lah hendakNya.

2 comments:

zerovendetta said...

Seronoknya berbuka ramai2x macm ni kan..Tapi untuk Ramadhan kali ni, saya x sempat lg berbuka dgn kawan2x =(

najed said...

ni pun secara x sengaja.

tp mmg fun...skali skala perlu. Other half pun bole g ngn geng2 dia jugak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...