Lambaian Syawal.....

Friday, September 18, 2009

Salam syawal buat semua.

Kalau diikutkan kiraan rukyah lagi 2 hari kita akan beraya. Rasanya kebanyakan dari kita dah tak sabar nak beraya. Tahun ni 1st time aku n wifey beraya bersama. Esok pg kami akan bertolak ke perak, lepas tu dlm raya ke 3 balik semula ke kl (aku kena kerja sehari on wed) n smbung cuti, raya kat pahang pulak. Biasala bila dah berumahtangga, cuti pun kena bahagi2, kena bergilir-gilir...standard la tu kan :D

Persiapan raya kami for the 1st time raya as suami isteri ni biasa je. Ingatkan mls nak shopping sbb dah byk beli pakaian kat Bandung bln 7 hr tu. Sudahnya last2 minit br ingat baju melayu takde lg...alkisahnya lepas kes baju nikah hr tu, aku dgn separuh hati 'ban' tailor aku yg dah 6 thn aku percayakan. Takde tailor, pilihan yg ada, kena la beli baju melayu siap terus. Kami cuba la fikir2 jugak warna tema thn ni, dlm cuba2 nak cari pakaian sedondon ngn wifey, last saturday kami pergilah ke Jalan TAR.

Sebelum ni mmg takde perasaan langsung nak bersesak kat Jalan TAR ni. Apapun, kalau kena gayanya berbaloi shopping kat Jalan TAR ni utk persiapan raya esp for those yg last2 minit br nak sibuk bershopping. Cuaca hr tu redup, so mmg sgt best berjalan2 outdoor. Next yr, kalau ada rezeki, aku don't mind la nak g Jalan TAR ni lagi for raya preparation. Kami habiskan lebih kurang 6 jam berjalan kat Jalan TAR, Masjid India n Sogo. Alhamdulillah, semua yg dicari, dijumpai n sgt berpuas hati. So, warna tema kami tahun ni....ermmm...nntilah...maybe entry2 pas raya nnti aku story...heheheh (ramai gak yg kutuk aku pasai warna tuh...tp ada aku kesah).

Sebut pasai raya, lagu2 raya pun dah rancak berkumandang. Aku pun layan jugak lagu2 raya ni esp lagu Salam Dunia yg dinyanyi oleh M Nasir. Ada la lagi beberapa lagu yg aku kalau dengar sgt 'tangkap' berbanding berpuluh-puluh lagu lain tp buat masa ni aku pilih lagu ni dulu la. Lirik yg universal....well done M Nasir.

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Inilah hari kita oh…





Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalanraya okeh :D

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

Waa syoknya sana sini berjalan kan.Macam saya sedara tak ramai so nak berjalan raya pun tak tahu ke mana.hahaa..

Pasal sedondon ke tak sedondon,tak jadi isu asalkan ada color sama kat baju masing2,bukannya pink & merah.Itu memang beza la kan

Najed said...

hahah....masuk nak start berjalan tu malas tp bila start jalan tak hengat :D

heheh...actually wifey punya main baju raya kaler turquoise tp sbb tak jumpa baju melayu warna tu yg berkenan terus tukar kaler. papun baju kurung tu pun bj baru gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...