Ustaz Asri Rabbani

Sunday, August 16, 2009

Anda tidak boleh mengaku anda peminat nasyid kalau anda tidak kenal Ustaz Asri Rabbani. Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani satu nama besar dalam industri nasyid Malaysia. Ustaz Asri meninggal dunia secara mengejut apabila diserang sakit jantung khamis lalu. Hmm...sakit jantung? sound familiar kan kebelakangan ni? ramai nama2 yg dikenali pergi akibat serangan jantung dlm tempoh beberapa bulan ni.

Pemergian Ustaz Asri satu kehilangan besar utk penggemar irama nasyid. Kalau anda tak suka pada nasyid pun, dengar lagu2 nyayian Ustaz Asri anda pasti akan tertarik. Rasanya susah nak cari pengganti suara emas beliau selepas ini. Apapun, semoga roh beliau dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Al Fatihah.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." tagline blog Ustaz Asri Rabbani.

Interlude : Lepas ni selain rindu dengan komersial2 Arwah Yasmin Ahmad setiap kali perayaan....alunan merdu Ustaz Asri jugak mesti menyentuh hati tambah2 dah nak masuk Bulan Ramadan tak lama lagi. Bulan ramadan la aku paling kerap dengar nasyid esp lagu2 Rabbani...maklumla...nak cari lebih penghayatan Ramadan kononnya.

3 comments:

ZERO VENDETTA said...

Aritu ada juga pk nak tulis pasal ustaz asri dlm blog kami,tp en.najib tulis dulu so okla.

Urm kehilangan yang memang dirasai.Tagline tu memang menusuk.Imran siap suruh saya letak as a tagline kami.Kata saya poyo!hahaa..

Najed said...

eh..takpe. tulis je...sy short entry je. lgpun, lain org lain dia punya persepsi...maybe ada yg sy tak cover kamu boleh cover.

tagline tu arwah punya...copyright reserved tuh :D...tp best kan? "sampai bila2 pun syurgaku selalu bersamaku"

ZERO VENDETTA said...

Memang best tagline tu.Baca je tagline tu,tergambar keperibadiaan pemiliknya.Allahuakhbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...