Coming Soon...Adik Baby

Monday, June 18, 2012

InsyaAllah, Syaurah bakal bergelar kakak February next year.

Alhamdulillah, Sabtu lepas kami menerima pengesahan kami bakal menimang cahayamata kedua. Sebelum tu wifey ada test guna pregnancy test kit (balance masa mengandungkan Syaurah dulu), memang positive tapi sebab test kit tu dah beberapa bulan expired so kami tunggu doktor pulak yang sahkan.

 

Syaurah now kami panggil kakak baby sebab nak ada adik yang bakal digelar adik baby...hehehe. Adik baby masa check up tu baru 5 weeks. Buat masa ni kami cuma inform berita gembira ni dengan ahli keluarga je dulu, tunggulah sampai satu masa yang sesuai baru boleh buat press conference nak announce pada semua (berangan retis sangat :) ).

Sama macam masa wifey mengandungkan Syaurah dulu, aku akan buat post kat blog current time tapi publishnya bila kami rasa dah tiba masa yang sesuai nak digembar-gemburkan (rasanya kawan-kawan tak kecik hati dan faham kan? ).

Macam biasa, kami berdoa (dan mengharapkan semua turut mendoakan) semoga wifey dan kandungan sentiasa sihat, moga semuanya berjalan lancar dan selamat. Antara soalan favourite bila orang mengandung iaitu soal jantina, jawapan kami ialah sama ada adik baby nanti seorang lelaki atau perempuan, kami tak kisah, semuanya kami berserah kepada Allah, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami (juga kita semua).

p/s : patutlah seminggu lepas, mood Syaurah tak menentu...'mendera' papa dan mama je kerjanya, rupanya....hehehe. InsyaAllah, kami yakin Syaurah akan menjadi kakak yang baik. Amin.

Nota : Publish on 27.07.12 (week 10).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...