Alissara

Monday, May 21, 2012

Hari ni terasa nak cerita pasai tempat makan pulak.

Aku, wifey, Syaurah dan Acik (makcik wifey) ke Restoran Alissara ni beberapa minggu lepas. Kebetulan tekak ni teringin nak makan masakan thai esp Ikan 3 Rasa so wifey recommend restoran ni. Alkisahnya, wifey and family punya sejarah yang panjang dengan restoran ni. Dorang selalu makan kat Alissara ni start Alissara ni berniaga di gerai bawah pokok lagi. Then, Alissara ni maju, terus maju sampai la sekarang dah jadi restoran.

Antara menu yang kami order malam tu ialah Ikan Siakap 3 Rasa, Som Tam (kerabu betik), Tom Yam Campur, Sotong Cili dan Kangkung Belacan. Sebab excited dan jugak kelaparan, aku terlupa nak snap pics sebelum makan. Pics dibawah semuanya diambil bila kami dah start makan so nampak la comot dah sket. 

Time kitaorang pergi ni malam minggu, memang ramai orang. Mujur servis dia cekap. Cepat kitaorang dapat duduk, cepat dapat makan dan cepat kenyang...hehehe. Restoran ni dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 1.30 pagi. Kalau nak datang esp time weekend tu sila-sila la booking.  Aku really recommend restoran ni sebab sedap dan harganya berpatutan. Aku pun ada plan nak repeat nanti bila berkesempatan.



 



RESTORAN ALISSARA
Cs23, Jalan Indah 3/2
Taman Puchong Indah
Puchong, Selangor.
Phone : 03-8062 4205
            014-6255 360
            016-9780 761


map credit to faakiut.wordpress.com


2 comments:

Sabrina Scrapbook said...

Najib, duhhhhh dapnyerrrr!! :)

Najed said...

Hehehe....confirm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...