RIP MR JOBS

Thursday, October 6, 2011

mukadepan website Apple hari ini

Baru semalam publish pic iPhone 4S. Hari ni nak publish story berkaitan Apple jugak...a special belasungkawa for Steve Jobs (Chairman and Former CEO Apple).

Pemergian Steve Jobs sehari selepas Apple launch iPhone 4S. Setelah buat pertama kalinya Apple launch iPhone tanpa Steve Jobs dan ramai fanatik serta follower iphone yang tensi sebab Apple tak launch iPhone 5, hari ni peminat dan follower Apple sekali lagi 'surprise' dapat berita kematian Steve Jobs pulak. 

Itulah ketentuanNYA, sehebat mana pun kita, sekaya mana pun, dunia yang fana ini akan ditinggalkan jua akhirnya. Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser. Dah lama dia sakit dan perubahan fizikal dia akibat kanser tu memang sangat ketara. Orang boleh perasan perubahan fizikal dia setiap kali dia naik stage untuk launch produk terbaru Apple.


Aku 'belum' jadi pemilik produk Apple tapi sebab selalu berangan nak joint the club so nama Steve Jobs cukup familiar pada aku. Selalu jugak aku baca kisah dia, memang cemerlang orangnya. The greatest innovator of our times. Aku pasti walaupun Steve Jobs dah takde, dia akan tetap dikenang sebagai lagenda dunia teknologi dan komunikasi. Nasib Apple tanpa Steve Jobs? hanya masa yang akan menentukannya.

Sempena pemergian Steve Jobs, dalam banyak-banyak tribute article yang sempat aku baca, aku paling suka article dari Gizmodo. 'Musuh ketat' Steve Jobs ni pastinya antara yang paling akan merindui dia.

p/s : pemergian Steve Jobs tak membuatkan aku tak jadi nak beli iphone/ ipad...tak juga membuatkan tiba-tiba esok aku terus pergi beli..hmmm

1 comments:

DJ said...

beturut2 entry apple ni...mungkinkah? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...