Selamat Hari Raya Beb!!

Friday, August 26, 2011


Cepat betul...sekejap je sebulan puasa. Mula -mula puasa memang niat nak menghidupkan Ramadan ni sebaiknya tapi bila dah start puasa...angan-angan tah kemana, sedar-sedar Ramadan dah nak habis. Ramadan kali ini masih banyak lompong (makin banyak lompong daripada sebelum ni rasanya...isk isk isk).

Ramadan kali ni banyak bezanya berbanding tahun dulu. Paling ketara, tahun ni aku dan wifey ada Syaurah untuk temankan kami berbuka. Kami pun dah berpuasa dirumah baru. Alhamdulillah, seminggu sebelum puasa kami selamat pindah. Aku boleh simpulkan Ramadan kami kali ni sebenarnya sedikit kelam kabut.

Kelam kabut nak melayan Syaurah yang buat macam-macam perangai time kami nak berbuka. Kelam kabut juga sebab rumah masih berselerak (nak cari barang masih kena selongkar kotak). Kalau sebelum ni aku sibuk tak sempat update blog nak kemas barang nak pindah tapi sekarang ni lagi susah nak update blog sebab aku gaduh dengan TM so Streamyx dah terminate, kena tunggu tak tau sampai bila dorang akan install balik.

Cabaran Ramadan kali ni pun tak kurang hebatnya, pertengahan puasa aku terpaksa MC...sakit tiba-tiba (alhamdulillah, mujur cepat sembuhnya). Kami pun sempat berbuka dan bersahur di Gleaneagles KL bila Syaurah kurang sihat.


Apapun, pengalaman manis tetap ada. Pengalaman bertarawikh, bermoreh dan berkenalan dengan jiran-jiran dan kariah di surau belakang rumah baru agak menarik...aku happy.

Erm...banyak lagi nak taip ni, cuma nanti meleret-leret pulak :)

Oklah, cukup dulu buat masa ni, terima kasih kerana masih sudi menjengah ke blog ni walaupun tuan punya dalam hibernate mode. InsyaAllah, kalau semua dah stabil (paling penting Streamyx dah ok balik), aku akan kembali aktif.

Buat semua...selamat hari raya aidilfitri 1432H, maaf zahir batin. Jumpa lagi.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...