Berjimat vs Kedekut

Friday, January 15, 2010

Aku tgh berkira-kira nak buat beberapa pembelian sekarang ni. Nak kata besar punya pembelian tu tak la tp bila dihitung-hitung, dibanding-banding dgn savings...bole tahan la jugak.

Sejak beli rumah baru, banyak pengorbanan yg harus dibuat. Sblm ni, lepas setel urusan wedding...aku plan nak angkat motor baru, notebook baru, dslr camera, flat screen tv & kereta baru. Belum sempat apa2...keluar je iklan rumah tu, aku tak tunggu dah...biarpun banyak modalnya tp bagi aku dapat beli rumah tu rezeki aku & wifey....alhamdulillah. Sejak tu, aku KIV je plan nak beli benda2 lain n cuba kumpul 'modal' for our new sarang nnti pulak. Peluang beli rumah at good location + harga mampu milik tak dtg selalu....benda2 lain tu boleh tunggu.

Lately nmpknya aku kena jugak pikirkan jugak nak beli motor + notebook baru tu. Motor aku skrg mmg cuma digunakan utk pergi balik opis je, lebih kurang 40 km jalan tiap2 hari...tp masuk tahun ke 7 ni...dh start buat perangai pulak. Isnin lepas, tak pasai2 kena amik EL....so far dh 2 kali problem. Terfikir jugak nak drive tp kenangkan traffic jam...sanggup berhujan berpanas dgn motor dulu la buat masa ni.

My niece pulak nak sgt beli notebook aku dgn harga borong. Mmg la notebook tu dh tua tp not bad la...aku ingat selagi bole pakai nak pakai dulu until tiba masa yg sesuai nak let go. Bila dia pujuk2 nak beli...terasa kesian pulak, maklumla student. Next week kalau dia nak jugak beli lepas sessi trial yg aku set...aku kena la jugak let go notebook tu n beli notebook baru.

Dengan 'modal' yg terhad...bila aku terlalu 'berkira' nak beli motor baru dan notebook tu, aku tak terasa aku kedekut. Mmg kdg2, aku terfikir jugak ttg 'reward yourself' tp sbb aset yg aku ada masih boleh pakai...buat apa nak membazir. Aku consider aku sedang berjimat. Lagipun, aku tau utk rumah baru nanti, banyak modal yg diperlukan walaupun hanya utk basic renovation...aku belajar dr pengalaman masa masuk rumah skrg ni. Walaupun mula2 dulu ingat nak jual je rumah tu lepas siap n enjoy the handsome profit tp now aku looking forward utk duduk kalau boleh. Cuma dgn perkembangan semasa ni, kalau perlu buat beberapa pembelian nnti...alternatif plan utk rumah baru...asal bole duduk dgn selesa, lain-lain renovation bole buat kemudian sikit2...insyaallah.

So...notebook & motor baru...kamu dlm priority list nmpknya...tgk la nnti camne :)

Aku pernah cakap nak tunjukkan pics our new sarang tu dulu. Now aku letak beberapa pics yg aku amik hujung November lepas. Buat masa ni pics yg ada terlalu general...maklumla under construction. Rumah ni dlm 5 minit je dr rumah kami skrg...mmg kerap kami lalu n nmpk progressnya. Doakan moga kami dpt check in kat rumah ni 1 fine day ok....amin.

4 comments:

ZERO VENDETTA said...

tgk tu 'bbs',dari side tepi pun nampak cantik.saya sukala mcm villa style sbb ada kayu2.so suka!

pasal kedekut vs berjimat tu,bagi saya dua benda yang berbeza.totally!cumanya kadang2 kita perlu berjimat and kadang2 kita perlu kedekut ;)

mr.i pun macam tu jgk.tapi bagi oklah,kalau 2-2 sama perangai,sanggap dibuatnya!

Najed said...

bole la...syukur je la kan. kena tunggu siap betul br bole ckp camne tahap kepuasannya nnti :D

hehe...tak kisah pun sbenornya nak digelar kedekut ke haper...duit kita kan...pandai2 la sendiri.

ZERO VENDETTA said...

chopp!
tp'bbs'kalau utk motor yg juga keperluan + keselamatan,tak payahlah kedekut ok ;)

Najed said...

yup...apa2 keputusan akan dipikir sebaiknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...