Family Day Keluarga Haji Ibak ni julung-julung kali diadakan pada 9 Disember lepas. Keluarga ini adalah keluarga arwah opah wifey. Opah ada 12 adik beradik, tapi tak silap dua orang meninggal dunia semasa kecil jadi keluarga yang berkumpul tempohari adalah seramai lebih kurang 200++ anak, cucu, cicit, cuit daripada 10 adik beradik opah sahaja. Maklumat yang aku ada buat masa ni mungkin kurang tepat sebabnya wifey pun kurang pasti cerita-cerita keluarga opah ni, aku apatah lagi :P
Majlis bermula sejak 8.30 pagi dengan acara senaman, sukaneka dan peraduan mewarna untuk kanak-kanak. Keluarga kami dari Sitiawan tiba agak lewat jadi kami hanya turut serta bermula dengan acara tahlil dan seterusnya makan tengahari (menu sangat banyak sebab ada keluarga yang turut bawa makanan tambahan dari rumah masing-masing....dah la banyak, sedap sangat...alhamdulillah). Selepas rehat dan solat zohor, majlis diteruskan dengan acara berkenalan mulai ucapan oleh wakil-wakil setiap keluarga, sukaneka untuk kategori dewasa, penyampaian hadiah dan mesyuarat tahunan untuk membincangkan perancangan family day pada tahun hadapan.
Secara ringkas, majlis ini sememangnya satu usaha murni yang sangat dihargai oleh semua ahli keluarga. Majlis ringkas yang sangat meriah dan mudah-mudahan diizinkan Allah akan berterusan sampai bila-bila untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Nak cerita panjang, masa tak mengizinkan...layan sajalah gambar-gambar yang ada. Jumpa lagi.
T-shirt warna kuning untuk keluarga Hajah Sharubariah (nama opah wifey la tu)
Pak Long Halim selaku wakil keluarga Hajah Sharubariah
Ada ahli keluarga yang meraikan ulangtahun perkahwinan ke 20 pada hari tersebut so ada acara potong kek
3 comments:
meriahnya.. family saya sendiri pun dah buat family day dekat 10 tahun.. tapi x seramai ni lah.. adik-beradik saya je.. lepas ni boleh la share aktiviti..
aktiviti2 mcm ni mmg dihargai, bagus kan :)
kembung perut
barang bayi
minyak untuk bayi
checklist barang bayi
Post a Comment