Banyak yang nak diupdate sebenornya...dah ready dgn pics bagai. Tapi sebab tak publish, separuh dah outdated, tak relevan lagi. Kalau boleh diadjust maybe boleh la publish nanti.
Ni aku curi masa sekejap nak publish jugak post ni sebab this post special for my cutie Nurina Syaurah (genap 6 mths last friday). Nanti tak complete pulak milestone syaurah kalau post ni tertinggal :))
Syaurah dah masuk 6 bulan, aku and wifey sgt bersyukur...alhamdulillah. Special untuk syaurah, papa buat video ni. Hope syaurah suka..hehehe. Doa papa and mama, moga syaurah terus membesar dengan sihat, bijak, comel, solehah, baik (semua mak ayah mahu anak begitu kan)...insyaAllah, amin.
Oh ye, sebab syaurah dah start makan, aku and wifey cuba kumpul info sebanyak mungkin tentang pemakanan bayi. Banyak jugak blog yang kami usha dan selain blog zero vandetta yang selalu kami refer, kami suka blog ibucergas ni. Sangat informative. Thanks ye kerana sudi berkongsi.
Beberapa minggu lepas aku agak busy sebab :
~ Pulun durian tak hingat, aku demam. Lepas tu syaurah pulak demam dan last-last wifey pun demam. Demam wifey agak teruk, sampai kena checkup kat Gleaneagles (suspect denggi). Alhamdulillah, finally semuanya ok dan kami kembali sihat walafiat.

~ Sibuk kemas rumah. Syaurah allergic habuk (asyik bersin + selsema). Rumah kami pulak mudah benor berhabuk. Aku and wifey decide utk simpan karpet dan perhiasan-perhiasan tak perlu yang jadi perangkap habuk (selain start sikit-sikit packing barang..hmmm). Hasilnya ruang tamu kami lebih bersih, luas dan selesa untuk syaurah praktis merangkak. Syaurah pun dah jarang bersin + selsema lepas tu...alhamdulillah.
2 comments:
sekejap je kan anak2 kita membesar...tak rasa pun... esok2 bila diaorang dah mula masuk sekolah, lagi rasa sekejap. tau2 dah nak ambik upsr dah pun... ok... take good care of ur daughter ya...
tulah ina. bila ada anak time lagi rasa cepat.
insyaAllah...mudah2an anak2 kita jadi anak yang terbaik dunia akhirat. amin.
Post a Comment