For the rest of my life

Monday, December 13, 2010

Hari ni ulang tahun ke 2 perkahwinan kami. Sekejap betul dah 2 tahun, rasa cam baru minggu lepas je kami kahwin :)


Alhamdulillah, 2 tahun yang berlalu kami tempuh dengan pelbagai peristiwa manis. Macam-macam rezeki juga dilimpahkan Allah kepada kami. Sudah pasti antara rezeki itu adalah our precious Nurina Syaurah. Kalau sebelum ni kami cuma berdua so tahun ke 3 our wedding mulai hari ni dah masuk fasa baru, fasa membesarkan dan mendidik our syaurah. Kebetulan pun wifey dan syaurah baru balik dari kampung semalam selepas habis berpantang.

Doa kami sempena our 2nd wedding anniversary ni seperti biasa moga perkahwinan kami berkekalan ke akhir hayat, terus dimurahkan rezeki, moga kami menjadi papa dan mama yang terbaik untuk our syaurah dan kami beroleh kebahagian yang berkekalan dalam redha Allah. InsyaAllah. Amin.

Kalau nak recap balik our wedding tu maybe dah basi walaupun aku tak pernah publish pics kahwin kami kat blog ni. Yelah, masa kahwin dulu aku masih berbloging di MY WORLD, MY TERRITORY, MY LIFE. So, secara eksklusif (cewah) aku publishkan official video our big day 2 tahun lepas. Bukan video apa pun cuma selected still foto buat kenang-kenangan.

Oh ye...untuk wifey, thanks for being my wife, my best friend.....insyaAllah for the rest of my life i'll be loving you. You're the best :)


p/s : happy anniversary too for zero vendetta. senang je ingat korang punya anniversary...awal sehari.


1 comments:

ZERO VENDETTA said...

chantiqsss la gmbar² kahwin dulu. seronok jgkkn BBS bila buka semula gmbr wedding lama². adui memori indah.......

by the way, congrats 4 both of u & also syaurah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...