Catatan Aidilfitri 2010

Friday, September 17, 2010


Semalam masih ramai yang cuti raya. Bila aku masuk opis masih terasa lengang. Isnin nanti mungkin semuanya kembali macam biasa bila semua orang dah masuk kerja balik, sekolah pun kembali buka.

Aku sampai KL hari Rabu. Selesai berehat + berkemas, baru nak update blog pulak. Banyak sgt kalau nak dicerita kisah-kisah sepanjang seminggu cuti raya tahun ni, tengoklah setakat mana aku larat nak taip dan korang nak baca :)

1. Kembara Raya

Raya tahun ni turn aku & wifey beraya kat kampung aku dulu. Aku masih kerja sehari sebelum raya. Bila dapat permission balik awal, perjalanan lancar, sempatlah berbuka puasa dihari terakhir kat kampung beramai-ramai...meriah.

menu berbuka dihari terakhir ramadhan tahun ni

Raya ke-3 aku gerak ke Sitiawan pulak balik kampung wifey. Alhamdulillah, semua perjalanan pergi dan pulang berjalan lancar tanpa sangkut dlm traffic jam. Kalau tahun lepas, kami beraya merata-rata, tahun ni destinasi kami cuma Raub dan Sitiawan je...tak berjalan sgt pun.

2. Outdoor Photo Session

Kami pilih sessi bergambar outdoor tahun ni. Cuaca yang redup + hujan renyai-renyai di hari raya pertama banyak membantu...hehe. Kalau cuaca panas, takde la kami rajin nak bergambar kat luar.

mr & mrs najed

maaf-maafan session

uwan wif sebahagian cucunda

uwan wif anakanda + menantuda (w/out kak de, abg zaki & abg duan)

+/- all of us

3. Menu

Aku tak hingat langsung nak snap walaupun sekeping pics menu raya kami tahun ni. Tapi 2 hari aku kat kampung, menu yang family aku gotong-royong sediakan ingat ialah rendang cili daging, kerutup kerbau, ketupat, kuah kacang, nasi tomato+ ayam masak merah + acar + dalca, mee rebus tulang dan soto. Aku mmg makan tak hingat sampai terpaksa berulang ke tandas...huhuhu.

4. Kad Raya

Masih ada yang sudi melayangkan kad raya untuk aku rupanya...hahaha. Ops!...terima kasih banyak-banyak. Aku sangat menghargainya. Tahun ni aku terima 8 keping kad raya saja. Memang sangat drastik kejatuhan populariti aku tahun ni kalau bilangan kad raya tu dijadikan ukuran...hehe (takde maknanya).

Nampak sgt zaman berubah, tak lama lagi mungkin pupus terus kad-kad ucapan ni. Apa nak dikata, aku sendiri prefer ucapan melalui medium elektronik yang cepat, murah, mudah lagi interaktif tu...senang hati guna SMS, MMS, email ni. Aku ada la jugak pos beberapa keping kad raya..tupun untuk selected person yang dikategorikan sbg veteran dan jugak membalas sapa-sapa yang hantar kad kat aku. Komen: tak sangka harga setem makin mahal, dulu 20 sen, pas tu 30 sen now dah 50 sen dah...lagi la org tak nak guna surat/ kad dah pas ni..isk isk isk.

Dalam 8 keping kad raya yang aku dapat, ada sekeping ni lain dari yang lain sikit. Siap ada lekat Cloud 9...hehe. Dulu-dulu memang biasa org lekat duit dalam kad raya kononnya sebagai duit raya tapi Cloud 9 ni 1st time aku jumpa. Menarik-menarik...


5. Muhammad Ibni Khairullah

Adik Zah selamat melahirkan anak pertamanya 24 Ogos lepas jam 11.35 malam. Anak sedara aku yang ke 16 ni cuma dapat aku tengok dan dukung masa hari raya pertama. Alang-alang dh dekat raya, beraya + visit sekaligusla. Alhamdulillah, baby ni sihat seadanya. Mudah-mudahan menjadi anak soleh nanti.

7. Hati Hiba di Hari Raya

Ada 2 perkara yg aku terasa sedih sikit sewaktu hari raya minggu lepas. 1st: 2 org kawan aku beraya sendirian tahun ni. Seorang dah jadi yatim piatu, seorang lagi dah kehilangan bonda, ayah pun dh kawin lain. Adik beradik dorang tak balik raya atau beraya dirumah mertua. Sedih jugak bila dengar cerita dorang ni. Kita yang ada keluarga ni patut banyak2 la bersyukur.

2nd : Kejadian misteri nusantara di rumah aku di hari raya ke-2. Pengalaman pertama aku berdepan keadaan yang agak mencemaskan bila 'sesuatu mengganggu' salah seorang anak saudara aku. Alhamdulillah, semuanya dapat dihadapi oleh kami sekeluarga. Mudah-mudahan kejadian seperti ni tak berulang lagi tambah-tambah bila hari raya macam ni. InsyaALLAH.

Nilah lebih kurang catatan aidilfitri aku kali. Macamana dengan raya korang? mesti best kan. Kalau tak best pun cuba-cuba la cari yang bestnya....mesti ada punya. Sama-sama la kita syukuri nikmat hari raya ni...kalau ada baju raya/ kuih raya/ dapat bersalaman dengan keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan pun dah kira heavan apa...kita kan dah tuo..hehehe.




2 comments:

A.I said...

HEYY I'M FROM MANJUNG, DEKAT DGN YOUR WIFE SIDE KAN??

NEWAY RAYER TAHUN NIH SGT BEST!
RASA MAU CUTI LAGIKKK. HEE.

SELAMAT HARI RAYER EH.

Najed said...

Thanks Aisha for the visit. Visit lah selalu eh.

yup..dekat je tu. selalu jugak ke manjung kalau balik. maju dah manjung tu :)

cuti mmg la best...kejap je dh habis cuti huhuhu.

ok, selamat hr raya jugaks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...