Sabtu lepas aku temankan wifey ke Hotel Grand Dorsett Subang. Wifey joint Mamil Mama Gold Club Public Forum 2010 kat situ. Aku yg mahu jadi seorang suami yg supportive layan jugak joint forum tu untuk menambah ilmu...huhu.
Forum ni by invitation to all Mamil Mama Gold Club members. Kalau ada yg tak tau, Mamil Mama tu salah satu jenama susu untuk ibu mengandung. Kalau tak mengandung pun aku rasa no harm la kalau nak try...aku pun selalu paw susu Anmum Materna wifey bila dia bancuh..hehe.
No no no, aku bukan silap taip bila korang nampak nama susu Anmum Materna tuh. Even dtg ke forum ni, wifey tak minum susu Mamil Mama, dia minum Anmum Materna. Kami beli 1 kg susu tu masa wifey start pregnant and until now tak habis-habis...erk!
Kalau korang nak joint forum macam ni, tak pregnant pun takpe, register je kat homepage Danone Dumex. Lepas register, wifey terima bungkusan dorang pos gift selimut baby. Bila dah register, bila dorang organize program macam ni, dorang jemput la nanti. Untuk this forum, wifey kena bayar participation fee RM15 untuk kami berdua.
Forum ni start dalam pukul 1.30 pm tapi kaunter registration dah bukak start 12.30 pm. Kami sampai, register, jamah sikit light refreshment yg ada and masuk dewan. Sementara tunggu start tu, kami dihiburkan dengan mini orchestra yg kami tak layan sgt sbb sibuk berkenalan dgn couple2 lain yg hadir.

Sessi pertama hari tu ialah talk oleh Dr. S Raman dengan topic Pregnancy Development & Origins of Health.


After Dr. S Raman, the next speaker ialah Ms. Tan Ee Ping dengan topic Optimal Nourishment During Pregnancy.


Habis 2 org speaker tu, kami dipecahkan kepada 3 group di bilik-bilik yg berbeza based on 3 topic yg dipilih masa register. Wifey pilih topic Dealing With Pre and Post-Natal Emotions oleh Dr. Adnan. Lain-lain topic yg boleh dipilih ialah General Well Being by Datin Debbra Lee dan Preparing Mothers for Breast Feeding by Mdm. Gina Yong.
Habis sessi ke 3 tu kami balik ke main hall, pulangkan evaluation form, dapat goodies dan makan time (hi tea). Dalam pukul 6 petang, dh boleh bersurai balik umah pun.


Secara keseluruhannya, forum ni sgt bermanfaat, byk pengetahuan yg kami dapat especially utk bakal ibu bapa yg first time nak timang baby. Kalau ada keraguan, boleh je soal terus pada speaker2 ni, dpt jawapan from expert, ada la confident sikit. Selain tu, dapat jugak kenal couple2 yg 'seangkatan', boleh la bertukar-tukar info.
Goodies yg kami dpt hari tu ialah baby bag warna pink yg 'gebu' yg ada dlmnya Osim Body Thermometer, sample susu Mamil Mama and travelling pillow (sori...lupa nak amik pics goodies tu, tak rajin dah nak amik, upload semua). Makanan utk kami pun not bad. Senang cakap, RM15 yg dibayar tu lebih dari berbaloi la kalau nak kira.
Thanks Mamil Mama for everythings. Ada rezeki, next time maybe kami beli susu Mamil Mama pulak ye :)
p/s : Pergi forum ni menyedarkan kami betapa besarnya komitmen dan tanggungjawab menjadi seorang bapa, ibu, suami, isteri...banyak lagi yg perlu kami belajar. Kami dah register for our next peluang belajar. Nanti saja aku kongsi usai sudah acaranya...wah! hehe....insya Allah.
0 comments:
Post a Comment